Tuesday, September 9, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Allah S.W.T
Sekali lagi diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ini.
Syukur alhamdullilah..

Ramadhan tahun ni lebih bermakna buat kami berdua kerana disamping menyambut Ramadhan kali ke-4 bersama, kami jugak berdebar-debar menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami setelah 4thn menanti..

Insya'allah dengan izinNya, kami akan menyambut kehadiran si kecil selepas hari raya aidilfitri.
Syukur alhamdullilah..

Setakat ni persiapan untuk si kecil dah siap.. yg basic suma dah complete rasanya, dan yang lain2 tu bakal menyusul kemudian. Sekarang usia kandungan dah mencecah 34 minggu = 8bln setengah.. :)

Semoga berkat Ramadhan ni..semuanya berjalan lancar.

Puasa so far alhamdullilah. 9 hari penuh walaupun ada skit2 masalah di hujung2 hari berpuasa.

Tapi berkat kesabaran dan kekuatan yang Allah bagi, alhamdulillah sempurna 9 hari puasa.
Harap2 dapat la puasa penuh tahun ni.. :)

Persiapan raya tahun ni? errmm..thn ni rasanya tak de apa-apa special untuk kami berdua.. persiapan lebih untuk menyambut orang baru..
Yang lain-lain, ala kadar jer..

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...
Amin..

No comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates