Saturday, November 22, 2008

Neonatal Jaundice dan Rawatan

APA
  • Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.
Apa Itu Jaundice atau Kuning?
  • Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
  • Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Dan sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING!!).. Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (Dan sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-keKUNING-kuningan!!).
PENYEBAB

Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?

Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama.

  1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)
    Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
  2. Hati bayi
    Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.

Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.

Apakah Penyebab Lain Jaundis?

Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).

Antara penyebab lain :-

  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
BAHAYA

Adakah Jaundice Merbahaya?

ImageSangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!

Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.

RAWATAN

Apakah Perawatan untuk Bayi Kuning?

PHOTOTHERAPHY (Terapi lampu)

  • Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm.
  • Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
  • Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :-
  1. Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi
  2. Buka semua baju bayi kecuali lampin
  3. Tutup matanya
  4. Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
  5. Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
  6. Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
  7. Paras bilirubin hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
  8. Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.
EXCHANGE TRANSFUSION (ET)
  • ImageET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.
  • Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
  • Bagi seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada waktu orang lain sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh seorang bayi .

JEMUR vs PHOTOTHERAPY

Cahaya Matahari vs Fototerapi?

ImageAdakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?

Ada yang berkata, "kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun... " atau

"Buat apa kau nak siksa budak kecik tu... masuk hospital... letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini... letak je bawah matahari.... "

Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.

Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibu-bapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.

Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?

  • Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
  • Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
  • Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
  • Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.
  • Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah.
  • Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.
SUSU KAMBING vs SUSU IBU

Susu Kambing vs Susu Ibu?

Terdapat pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialami oleh bayi. Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban. Tidak ada penjelasan secara saintifik. Malahan, petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing. Diharapkan ia bukan taktik penjual susu kambing untuk meraih keuntungan.

  • Apa yang ada pada susu kambing menjadikan ia begitu ajaib? Jika ada kajian tentang susu kambing, saya yakin ia tidak ada perbezaan yang besar dengan susu ibu atau susu lembu. Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi. Malahan, susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi.
  • Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak!. Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi.
  • Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu. Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing? Alahan boleh membawa maut! (Baca artikel ini oleh Pusat Racun USM)
  • Secara fisiologi, kekuningan bayi akan hilang selepas 5-6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing. Sekiranya bayi diberi minum susu kambing pun, kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus. Jadi tidak ada bezanya secara perbandingan.

KESIMPULAN

Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Kredit to Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin

Friday, November 14, 2008

Day 24 of Life - Muhammad Zafran bin Mohd Zaki

Antara aksi Zafran di hari ke-24 yang sempat ibu rakamkan

Zafran landing atas wan

Kakak Umairah yang agak jeles pun nak landing atas wan.. siap suh ibu amik gambaq dia plak.. :)


Tak lupa juga terima kasih to Tok Cik Lan & Family sbb datang melawat Zafran. Ni something for Zafran from Tok Cik Lan's Family.

Hamper Fiffy

Ni pulak hadiah tuk Zafran daripada company daddy

Anakku Ocean Playmat

Tuesday, November 11, 2008

Day 20 of Life - Muhammad Zafran bin Mohd Zaki

Si "botak" ibu.. :)


Apabila sayang ibu beraksi :)

Seksi dak saya?

Merenung masa depan...

Macam ahli bina badan

Saturday, November 8, 2008

Day 17 of Life - Muhammad Zafran bin Mohd Zaki

Hari ni aunty ayeen dan aunty zura kawan ibu datang melawat Zafran. Dah 4thn ibu tak jumpa kawan2 ibu ni.. disebabkan Zafran, ibu dapat jumpa ngan depa :D

Ni special dari aunty ayeen untuk ibu dan Zafran..

Lovely

Special


Petang plak makcaq zaida ngan tok teh mai tgk Zafran.Ni plak special tuk Zafran daripada tok teh.


Ni satu lagi hadiah tuk Zafran daripada tokndak Nazimah & tokndak Osman.


Nampaknya bertambahlah koleksi mickey mouse Zafran.. bleh geng ngan kak Umairah ni..


.

Friday, November 7, 2008

Day 16 of Life - Muhammad Zafran bin Mohd Zaki

Dah masuk hari ke-16, Zafran suka senyum2 dah skarang. Satu lagi la ni Zafran dah pandai tenung2 kalo kita panggil2 nama dia. So sweet.


I LOVE DADDY :)


Wednesday, November 5, 2008

Day 14 of Life - Muhammad Zafran bin Mohd Zaki

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk hari ke-14 berpantang.
Hari ni genap seminggu Zafran balik umah. Seminggu pertama Zafran habiskan masa kat NICU.

Hari ni umur Zafran pun dah masuk 14 hari. Sepanjang 14 hari ni, alhamdulillah Zafran tak banyak kerenah. Senang ja nak jaga setakat ni.Harap berterusan la cam ni sampai lepas pantang dan seterusnya... Amin..

Rutin Harian Ibu & Daddy dari Hari Pertama - Hari Ketujuh Zafran @ NICU:
    • Ibu masuk NICU kul 11 pagi untuk menyusu, sbb biasanya jadual menyusu kat NICU dlm kul 1130pagi-12tgh hari baru start.So biasanya ibu sempat menyusu Zafran sblm nurse kasi susu formula.
    • Daddy akan masuk NICU kul 12tgh hari bila smpi waktu melawat.
    • Daddy akan tunggu sampai kul 2ptg, habis waktu melawat. Dan tunggu waktu melawat seterusnya kul 4ptg.
    • Ibu biasanya akan stay lama skit kalo Zafran still menyusu atau tak tidur.
    • Waktu melawat petang kul 4ptg smpi 7mlm. Biasanya kalo waktu melawat tgh hari ibu dan daddy balik lambat, waktu melawat petang ibu dan daddy akan dtg lambat skit, biasanya dlm kul 5, lepas asar.
    • Biasanya masuk kul 5, Zafran dah minum susu yang pukul 3ptg dan tunggu susu yang pukul 6ptg plak, so biasanya ibu sempat kasi Zafran susu sblm nurse kasi susu formula.
    • Biasanya daddy akan stay smpi kul 7mlm ja la sblm makcik guard suh kluar.. ibu biasanya stay kalo Zafran still nyusu atau tak tido. Beberapa hari mula ibu tunggu Zafran smpi kul 10mlm sbb Zafran tak mau lena.Lagipun ibu tak smpi hati nak tinggai kalo Zafran still dok jaga.
    • Hari terakhir Zafran kat NICU, ibu dan daddy punya la suspen,takut doc tak kasi Zafran blk lagi.Ibu dan daddy tunggu sampai Doc Pakar round kul 6 lebih sbb nak mintak bawak Zafran balik since juandice Zafran pun dah kurang dan tak yah dok bawah lampu lagi. Antibiotik Zafran pun dah complete except for Zafran punya skin tag jer. Akhirnya Dr. Jaya, dengan JAYA nya , bg Zafran balik umah.. yeeeehaaa... Cumanya ibu dan daddy kena bawak Zafran jumpa doc pead dlm masa seminggu lagi untuk check up skin tag. Alhamdulilah.. apa pun tak kisah la.. janji Zafran dah sihat dan bleh balik umah.
    • Sementara menunggu nurse dan doc settlekan apa2 yang patut sebelum discaj, ibu dan daddy siapkan Zafran. Dalam lebih kurang kul 8 lebih jugak baru settle semua, daddy dah siap bayarkan bil dan amik kad2 Zafran and appoinment. Dalam kul 9.30mlm, Zafran buat pertama kalinya balik umah Wan dan Tok.

Saturday, November 1, 2008

Day 9 of Life - Muhammad Zafran bin Mohd Zaki

Zafran cukur rambut hari ni. Abis la "kojac" anak ibu & daddy .. :D

Zafran - Sebelum

Zafran - Selepas


Beberapa aksi Zafran selepas puas "mengamuk" sbb kepalanya dibotakkan :)

Aksi pertama

Aksi Kedua

Aksi Ketiga
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates