Tuesday, September 30, 2008

Aidilfitri Wishes to ALL


Get Hari Raya Graphics Here



Kepada semua pengunjung blog, diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna..

Wishes.....

Semalam dah diumumkan Hari Raya Aidilfitri tahun ni jatuh pada 1 Oktober 2008.

Bulan Oktober 2008 ni banyak memberikan makna kepada kami suami isteri.

  1. Hari raya tahun ni sama la dengan hari lahir suami tersayang.
  2. 2 Oktober 2008 pulak adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4.
  3. 18 Oktober 2008 nanti pulak adalah hari lahir aku sendiri.. :)
  4. Sambil tu kami menanti kelahiran "si kecik".. dijangka due 20 Oktober 2008
Errm.. macam kebetulan pulak semuanya..
Ni la dinamakan takdir Allah, ni adalah anugerah terbaik yang Allah bagi untuk kami berdua..
Syukur alhamdulillah...

Semoga hari raya tahun ni lebih bermakna...

Kepada suami tersayang,

Selamat Hari Lahir yang ke-28. Semoga panjang umur & murah rezeki. Sayang sayang abang selamanya... insya'allah..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-4,
Semoga ALLAH memberkati rumah tangga yang kita bina..

Semoga sambutan hari raya, hari lahir abang & anniversary kita tahun ni lebih bermakna dengan kehadiran "buah hati" kita tak lama lagi..Insya'allah..

I LOVE YOU SO MUCH!!!!

Sunday, September 28, 2008

Konvo Ashraf

My Latest Pic @ 8 months ..







Lepas cari punya cari, ada jugak rupanya gambaq aku yg paling baru
(walaupun baru tuh , sebulan yg lepas..)

Ni gambar2 masa konvo my brother, Ashraf kat UTM, Skudai, Johor..

Friday, September 26, 2008

Final Check-up @ Klinik Pakar Suria @ 9 months

Alhamdulillah.. aku dah selesai check-up setakat 9bulan ni (36 weeks). Dah abih check-up sebulan sekali dan 2minggu sekali. Semua check-up aku buat kat Klinik Pakar Suria, Alam Damai dan apa2 emergency check-up kat Az-Zahrah, Bangi.

Terima kasih banyak2 kepada doctor2 kesayangan aku.. a.k.a doctor2 yang dah banyak membantu aku setakat ni. Thanks to Dr. Suriati Akmal dan Dr. Fazlina Hanum. Sepanjang-panjang proses treatment dan pregnant ni, kedua2 doc ni la banyak membantu dari suma segi. Allah jer dapat membalas segala jasa2 depa.. Amin..

Baby and mommy final check-up @ 9 months:
  1. EBW : 2.5kg
  2. Heart beat : normal
  3. Position : normal - kepala dah kat bawah, uri dah complete kat atas
  4. Berat Ibu : +3kg so far sepanjang 9bln pregnant (sama jer berat ngan last check-up)
  5. Blood Pressure : normal
  6. Urine : albumin -ve , sugar -ve
  7. Pergerakkan : normal , aktif
  8. Respon : positif
  9. Scan : dah tak clear nmpk sbb baby dah besar n penuh dah dlm rahim
  10. Air ketuban : normal
  11. Next appointment : every week (continue check-up @ Hospital Sultanah Bahiyah)

Tuesday, September 9, 2008

Baby Progress

Alhamdullilah so far check up aku sepanjang mengandung ni suma tak de masalah yang besar, kecuali aku ada skit infection yang memerlukan aku amik antibiotik masa proses bersalin nanti.. harap2 suma ok la tak de masalah.

Skarang check up suma dah complete, cuma tinggal regular check up 2minggu sekali (1 kali lagi) dan 1minggu skali starting from early Oct smpi la tarikh bersalin nanti.

Check up yang dah mommy buat so far :
1. Regular check up - blood pressure + urine test
2. ATT injection - 2 kali : 6month & 8 month
3. Detail Scan : 6 month
4. Monthly Scan
5. 4D Scan

Baby & Mommy 8th Month check up :
1. EBW : 2.1kg
2. Heart beat : normal
3. Position : normal - kepala dah kat bawah, uri kat atas
4. Berat Ibu : +3kg so far sepanjang 8bln pregnant
5. Blood Pressure : normal
6. Urine : albumin -ve , sugar -ve
7. Pergerakkan : normal , aktif
8. Respon : positif
9. Next appointment : after 2 weeks.

My 4D ultrasound @ 6 month:



My Lil' Hero 1
Agak2 mcm muka siapa ek?




My Lil' Hero 2
Depannya tu uri dia..



My Lil' Hero 3
Tgh sleep anak ibu ni..


My Lil' Hero 4
Can u see my finger?

 

Ahlan Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Allah S.W.T
Sekali lagi diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ini.
Syukur alhamdullilah..

Ramadhan tahun ni lebih bermakna buat kami berdua kerana disamping menyambut Ramadhan kali ke-4 bersama, kami jugak berdebar-debar menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami setelah 4thn menanti..

Insya'allah dengan izinNya, kami akan menyambut kehadiran si kecil selepas hari raya aidilfitri.
Syukur alhamdullilah..

Setakat ni persiapan untuk si kecil dah siap.. yg basic suma dah complete rasanya, dan yang lain2 tu bakal menyusul kemudian. Sekarang usia kandungan dah mencecah 34 minggu = 8bln setengah.. :)

Semoga berkat Ramadhan ni..semuanya berjalan lancar.

Puasa so far alhamdullilah. 9 hari penuh walaupun ada skit2 masalah di hujung2 hari berpuasa.

Tapi berkat kesabaran dan kekuatan yang Allah bagi, alhamdulillah sempurna 9 hari puasa.
Harap2 dapat la puasa penuh tahun ni.. :)

Persiapan raya tahun ni? errmm..thn ni rasanya tak de apa-apa special untuk kami berdua.. persiapan lebih untuk menyambut orang baru..
Yang lain-lain, ala kadar jer..

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...
Amin..
 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates